pemeriksaan selanjutnya

Dah confirm positive,  aku patut ke klinik ID plak skarang.

Aku rasa lemah.. Aku takut nak g...Doc dh buatkan aku referral letter tapi aku blom sanggup nak g... Kepada siapa harus ku mengadu.... 

Jom smayang jumaat kengkawan. 

:( 

Comments

  1. Eh knp tak nak pi pulak. Kalau nak sihat awak kena pi jumpa doctor. Lagi cepat awak dpt rawatan lagi baik utk awak lindungi sel2 darah putih awak.

    Ikut WHO mrk bg garis panduan terbaharu agar mrk yg cd4 kurang 500 terus mulakan rawatan haart. Sblm ni cd4 kurang 350 dan sblm tu 200 baru mulakan rawatan.

    Saintis dapati mrk yg mulakan haart awal peluang utk sel darah putih tidak dirosakkan dgn teruk oleh hiv adalah tinggi. Jadi utk kekal sihat adalah tinggi.

    Mungkin awak pun baca yg bayi di US yg baru lahir drpd ibunya yg positif hiv telah diberikan ubat selama 30 jam yg pertama selepas lahir. Dan bayi tersebut kini dah disahkan bebas drpd hiv. Dah sembuh sepenuhnya. Virus hiv blm sempat masuk dlm cell dna bayi tersebut.

    Ubat yg ada skrg boleh bunuh virus hiv yg ada dlm darah tetapi ia tidak boleh sampai ke dlm dormant di mana tempat hiv bersembunyi. So kalau berhenti mkn ubat virus yg ada dlm dormant akn aktif dan serang cell darah putih blk.

    Jadi awak kena mkn ubat dgn segera agar dormant yg dijangkiti virus hiv tidak besar. Kalau lewat mulakan rawatan peluang utk cd4 naik dgn tinggi adalah sgt lambat.

    Jgn tangguh mkn ubat yer. Awak ckp kat doktor yg awak nak mula mkn ubat dgn segera.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih lagi atas nasihat itu. Somehow rasa bersemangat balik. Anda takkan tahu betapa bermakna kata kata semangat yang mudah kepada orang yang memerlukan.

    InshaAllah, saya pergi next week. hihi. Doakan semua nya selamat.

    ReplyDelete
  3. Saya cakap kat awak ni berdasarkan pengalaman saya membantu abang saya yang dijangkiti HIV. Alhamdulillah dia sekarang sihat dan dapat jalani hidup seperti orang normal yang lain. Sejak dia mulakan rawatan 3 tahun lepas, dia langsung tak pernah demam atau alami sakit-sakit yang lain. Syukur kepada Allah.

    Sesungguhnya ubat yang ada sekarang memang berkesan dalam mengekang virus daripada membuat salinan (duplicate) menerusi sel darah putih. Ikut kajian mereka yang mulakan rawatan awal memerlukan masa yang singkat untuk bacaan CD4 naik lebih 500 (bacaan CD 500 ke atas adalah untuk orang yang normal). Jadi saya harap sangat2 agar awak dapat jumpa doktor dan mulakan rawatan secepat mungkin. Jangan terlalu fikir tentang kesan sampingan ubat sebab ubat apa pun yang kita makan akan ada kesan sampingannya. Yang penting awak jangan bagi peluang kepada virus HIV untuk terus duplicate dan membentuk reservoir yang besar dalam dormant cell dna tu.

    Saya doakan semoga Allah berikan kekuatan kepada awak untuk lalui semua ini. Oh satu lagi petua penting. Awak kena berfikiran positif. Sel darah putih kita dikawal oleh emosi kita. Kalau kita positif sel darah putih yang bertindak sebagai tentera untuk melawan penyakit akan menjadi kuat. Tetapi sebaliknya berlaku kalau kita berfikiran negatif akan menyebabkan ia turut menjadi lemah. Kita diibaratkan seperti jeneral dan sel darah putih adalah askar2 di bawah kita. Kalau jeneral lemah maka semangat askar2 di bawah juga menjadi lemah. Oleh itu, awak kena terus berfikiran positif untuk sembuh. Insya Allah, awak akan sihat dan kuat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts