Google+ Followers

Thursday, 21 July 2016

Kerisauan....

Risau plak.. tak lama lagi nak ambik darah lagi utk check tahap kolestrol aku... part ni la aku lemah ni...

Sebab lepas raya, badan aku ni dari macam Captain America dulu, skarang dah macam Ninja Turtle dah. mesti tahap kolestrol aku mencanak naik ni..


Mintak mintak sentiasa sihat lah ye.... nak balik rumah and start makan rumput je pasni.


Wednesday, 13 July 2016

Selamat Hari Raya dari Saya Sekeluarga

Lama betul tidak bersiaran di dalam medium ini. Mesti ramai peminat yang rindu dan ternantikan post terbaru saya...

Hidup sekarang, macam moving in the fast lane je ( walaupun kereta aku tu macam siput je jalan skarang. Its time for a new CAR! ) 

Kisah Ubat : Sama je. makan telan kol 10pm. kekadang terlambat semenet dua tu, tak berdosa lah dik. dont worry. but always try to be punctual k? 

Kisah Cinta : Never been better. Sekarang musim menunggu hasil semaian di tapak semaian yang indah nan permai. 

Kisah kesihatan : Kolestrol mencanak weyh. Rendang Ketupat, Kuih Muih dan sebagainya dah mengacau diet asal aku. Sekarang, badan aku daripada ala ala Aaron Aziz dan Zul Arifin, dah menjadi badan Afdlin Shauki.. [ terpaksa la aku meninggalkan skinny jeans aku dan memakai seluar pelikat yang tak menarik itu.. maaf dik, itu je yang muat ]

Azam Hari Raya : Lepas raya, nak diet kembali. nak jaga kesihatan, dan nak dapatkan tubuhku yang asal..Kalau aku jalan jalan ngan baby ku lepas ni, mesti ramai yang berhenti dan berkata dalam hati.. oooo baby comel macam papanya.... 




Selamat Hari Raya dari Kami Sekeluarga. Sembahyang jangan lupa. jangan sembahyang full time ramadhan je.. =p  

Thursday, 16 June 2016

Ambil Ubat ( post aku ni memanjang pasal ubat kan)

Today i went to pick up my supply of meds. the usuals plus my cholestrol pills. muda remaja dah makan pil kolestrol. alahai. 

So. this week, is a busy week for me. a lot of people that i knw were either admitted into a hospital, or work or visiting a hospital... 

And thats when i realised.. that i need to restocked my supply of meds.... 

nyaris nyaris aku pergi farmasi area pakai mask nak elakkan diri dikenali.. hehe.


so persoalan aku ialah... kenapa la bagi ubat sebulan sebulan. nanti kena gi sana lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bulan depan... 


bagi la 3 bulan sekali sampai next check up. tak perlu la aku pergi ambik ubat memanjang.. takde la aku nak telan semua pil haart tu sekali.. aku makan sebijik sebijik jugak setiap malam. ok. itulah luahan hati saya pada hari ini. 


p/s: kalau korang ternampak orang hensem kat hospital tu, please jangan tegur. aku tak ingin dikenali. 





Wednesday, 1 June 2016

Emotional week

Writing always makes me emotional. be it just about life or about my experience.

I always hope that my writing helped people and somewhere out there some will learn from my mistakes.

I learned from my mistakes the hardway, but i hope my fans ( hehe....) learned it before its too late.

But one thing for sure, a strong support system is very important. And inshaallah, with my support system, i can succeed in this life. Please pray for me.

Amin.

Monday, 16 May 2016

Update review May 2016

Rajin pulak aku update blog hari ini kan? yer lah. dah berjanji dengan peminat seantero asia dan amerika utara.

Hari ini, aku tiba di Klinik ID yang penuh dengan umat manusia... semua terpegun dengan kekacakan captain America yang masuk untuk apt review dengan doctor ID.


Doctor aku hari ini cool orang nya. Doctor baru kot. Perempuan..

All in all, semua result berkaitan dengan aku nye superpower ( virus) ok je. Still undetectable dengan CD4 6ratus lebih. tak ingat plak exact figure dia....

Tapi... mulut aku pulak gatal tanya kat doctor tu

Captain America : " Alhamdulillah doc. Camne plak dengan result cholestrol i? takde check eh?"

Doc: " Owh, very good. u point out whats lacking in the resport. Jap, diorang terlupa kot ni nak letak.... ( tunggu beberapa minit) , owh, result cholestrol awal sedikit tinggi lah. Nampak nya usaha awak untuk diet kurang berjaya kan. Selalu nya result cholestrol macam ni, orang tua pun tak dapat tinggi macam ni. "

Captain America : * tak perlu la perli kot. aku tau la aku gained weight sikit* hati ku berkata"

Doc " But its ok. ill put u on a low dose of cholestrol medication utk control ur cholestrol k? But, u must jaga ur diet ok because it seems to me, your diet clearly is not working. hehe.. awak mesti berhati hati, sebab kita tak nak nanti penyakit lain plak timbul ye...  "

Captain America : ... tambah lagi ubat aku....

Ok. Ikhlas Dariku...
   *BUKAN GAMBAR AKU*
i need to work out and eat healthy food.

P/s: Take note si isteri. i know ure reading this. No more junk food in the house.



Captain America: Civil War

Fuh,. chewah, review aku harini mcm review filem pulak... tapi bukan yer... ini tajuk penting yang memerlukan pendapat semua orang... 

So, sudahkah anda menonton sequel terbaru lakonan aku, Captain America? 


Dalam cerita ini, berlaku pertelingkahan/ perbezaan pendapat mengenai"the basic human dilemma"  iaitu Security and Freedom... 

Satu pendapat mengatakan bahawa kawalan patut dijalankan terhadap semua manusia berkuasa supernatural ( Team Ironman) dan satu lagi mengatakan bahawa semua orang patut bebas hidup walaupun mempunyai kuasa supernatural ( Team Captain America). ( Ia sama seperti pendapat Donald Trump bahawa orang islam di amerika sepatutnya dikenalpasti dan memakai satu jenis tag, supaya senang utk mengawal mereka dari melakukan/kemungkinan melakukan kegiatan teroris,.. dafuqqq did i just read?? )


Haruskah semua orang yang mempunyai superpower ( dalam konteks aku: penyakit ) dikenal pasti, dikurung dan dikuarantin utk kebaikan orang orang lain yang tak ada superpower ( penyakit)? 

Atau haruskah semua orang diberi kebebasan untuk menjalani hidup mereka walaupun mereka ada power ( dalam konteks aku: penyakit) selagi tidak menyalahi undang undang? 

Ini ialah sesuatu yang semua kita harus fikir fikirkan.. yes, i have this virus in me, but that virus does not make ME. We are also human beings with feelings. We (plhiv+) dont want/never wanted this sickness, we are trying our best to be healthy and lead a healthy life with the people that we love.  ( fuh, mentang mentang team Captain America, speaking siot).

dan jika semua perasan. tempat yang di bomb di awal cerita Captain America ialah: 


Institute for Infectious Disease ...  Weyh, aku gi appointment kat sini weyh.. hehe

p/s: baru perasan bekalan ubat aku tidak mencukupi sampai next apt, aku call misi kesayangan semua, terus di booked utk appointment pada hari ini jugak... hehe. alhamdulillah. layanan nurse sangat baik sebenarnya. we just have to be courteous. buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali ya monyet?  so nantikan review appointment aku lepas ni ok? aku tahu ramai yang menantikan update daripada aku ( maaf, perasan pulak ramai yang baca blog ni)


 ikhlas dari aku. 









Saturday, 16 April 2016

Ke Luar Negara....

Assalamaualaikum semua
Ya. saya telah kembali....
Dan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraaan saya...

A few months back, saya menyuarakan mengenai niat hati ingin ke luar negera atas tujuan tertentu... Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan...

Beberapa perkara perlu dikenal pasti apabila ingin keluarnegara...

1) Pastikan nawaitu tu betul... sesungguhnya tidak pernah plak aku berniat nak keluarnegara untuk menjadi pengganas ke ape. hehe.. so ni settle. rasanya semua pembaca semua baik baik belaka kan...

2) Pastikan bekalan ubat yang mencukupi... dan sekarang dengan pertambahan security check and customs check, pastikan anda mempersiapkan siap siap la surat daripada doctor mengatakan anda adalah pesakitnya dan memerlukan ubat ubat tersebut ( jangan risau, sekiranya anda pergi ke doctor yang betul, iaitu doctor ID anda, pasti nya dia tahu etika seorang doctor iaitu, butiran ubatan sahaja yang perlu dinyatakan, butiran penyakit tidak perlu )

3) pastikan berapa jam perjalanan kapal terbang/keretapi/basikal/bas tersebut. dan siap siap la bawak satu bekalan ubat dalam pocket. untuk makan masa dalam perjalanan. Untuk ini, aku selalunya tidak akan tukar waktu di jam tangan kerana itu adalah petunjuk kepada masa aku makan ubat. dengan cara itu tidak perlu lah kita menolak atau menambah masa setiap kali nak tahu pukul berapa nak makan ubat ( sekiranya bergerak ke beberapa negara/ zon masa, jam pun bertukar kan. maintain je la jam tangan ko dengan jam malaysia ke, atau adakan satu jam utk waktu malaysia supaya tidak keliru )

4) Pastikan kita jangan la pergi ke tempat mudah mendapat virus. seperti di Seksyen 8 Shah Alam tu, kawasan bahaya utk orang kurang imun seperti kita. ( maaf ye orang shah alam, saja je buat lawak, lagipun, shah alam tu bukan lah luar negara pun. )  maksud aku, jangan la pergi ke kawasan yang ramai orang berpeluh ke, sebab kita ni memang senang mendapat virus especially yang airborne tu. so boleh la consider utk menggunakan mask muka. bukan masker utk memastikan keanjalan kulit tu, tetapi mask utk menutup hidung dan mulut .

5) Duit secukupnya.. especially lepas baca ni, aku akan expect ko akan belikan la buah tangan utk aku sebab ko ingat ilmu ini free ke? ok. lawak hambar sesangat tengah malam ni kan.....

6) Pastikan nombor nombor penting ada bersama anda. Dan ubatan di letakkan di dalam botolnya sendiri dan peluang utk beg hilang tu tiada. ada dugaan jugak jemaah bila beg mereka hilang, so, pastikan kita ada nombor beberapa individu atau agensi yang boleh membantu kita dapatkan stok ubat kalau di luar negara nanti/ Atau paling senang, bawak je ubat sentiasa ngan kita k?

7) Kamera * ambik gambar, post kat facebook. buktikan kita pun boleh hidup normal dan gembira.

Terima kasih kerana membaca post merepek aku ni. miahahahahahha... gelak jahat. aku rindu ke luar negara.

p/s:  jom wahai isteriku. kita pergi tempat sejuk plak... teringin nak main snow.....
kepada semua, jangan lupa doakan kami...

Hidup Normal dan Gembira =)