The Interview...
Hi kepada semua pembaca,
Setelah mendapat panggilan daripada Health Inspector minggu lepas, pertemuan telah diatur semula kepada hari ini. Saya amat berdebar menanti pertemuan ini.... sebagai seorang yang bijak ( dulu takde la bijak sangat, kalau tak, takkan la dapat virus ini kan. haha gelakkan diri sendiri ) kita mesti membuat research.
Rupanya apabila disahkan positif, nama kita akan didaftarkan ke kementerian kesihatan malaysia. Dan kadang kadang, sesi interview secara panggilan atau pertemuan diadakan. Segala maklumat yang dikongsi adalah rahsia.
Pagi tadi, aku pun pergi la untuk pertemuan itu. Untuk lebih mudah dan senang, pertemuan dibuat di klinik ID. unit kaunseling. Masuk je pintu klinik, terus la nurse ni sebut nama aku. Alaaaaa. nurse ni kan. Cakap tak main panggil nama kat sini. Ko tengok muka aku je ko dah announce kuat kuat tanya sebab apa aku datang..... defeat the purpose of having a numerical id je kalau macam tu kan. ok. ada dua orang patient dalam tu. senyum je la. Nurse yang peramah hairan plak sebab apa Encik HI nak panggil aku datang utk interview sedangkan appointment aku 2 minggu lagi. Boleh je buat sekali supaya aku tak miss kerja selalu sangat. tapi nak buat macam mana kan? dah dia suruh datang, aku datang je la.
Tunggu punya tunggu, datang la Encik HI kita. dia sakit perut sebab baru balik breakfast so kena la tunggu dia berak dulu. Ok. Satu klinik tahu ko g berak kat blakang. hehe.
And then meeting start.
Ok. dia tanya about my work, my family, my educational background.Slowly dalam this interview tetiba hati aku sedih plak bila kenang kembali semua cerita lama. korek korek la sejarah hitam idup aku... sedih. Aku takde pun contacts utk diorang. semua itu aku dah tinggal belakang lama dahulu. semua nya. Aku dh ada hidup baru. dah bertahun tahun dah hidup baru. tapi for the sake of cooperation and social responsibility, aku bukak balik semuanya. Time ni aku terbayang plak kisah lampau. aku banyak termenung dalam interview itu. aku lihat side positif mengenai perkara ini je. Mungkin info aku dapat membantu diorang buat statistik diorang, atau buat langkah pencegahan.
tahniah encik HI, anda telah khatam kisah hidup saya. penghujungnya, saya pun tidak tahu... Akhir kata, HI itu cakap, bersabar lah. Everything will be alright. Thank You Bro.
TIPS KEPADA YANG BARU DIDIAGNOS
Usah gementar tentang pertemuan ini. Ada yang akan mendapat panggilan sahaja. Ada yang HI akan atur pertemuan di luar. Semua nya adalah rahsia.
Jadi sebelum pertemuan itu, fikirlah dulu. Ingat dulu semuanya, agar bersedia dari segi emosi dan psikologi.
p/s: selesai sudah sesi interview , aku plak interview dia. katanya walaupun dia tak berapa lama sebenarnya dalam bidang ini, jumlah pesakit muda di tempat aku sangat sedikit. Jumlah pesakit heteroseksual pun teramat sedikit. Perempuan 20an pulak ada seorang je...hmmm
Dia tetap tidak ada hak utk jumpa face to face. Kalau ckp nak jumpa pasal research mmg mengarut sbb semua dah established. Nak research apanya.
ReplyDeletetu la bro. tapi redha je bro. sebab kalau tak jumpa, die sergah kat umah atau ofis nanti. lagi haru jadinya.
Deletepengalaman hari ini ialah to open up to people face to face. banyak membuatkan saya berfikir..
By law diaorang tak boleh buat mcm tu. Hanya doktor yg merawat awak jer patut tahu. Soal kisah silam awak pun doktor tak boleh sibuk2 nak tahu. Apatah lagi orang2 kementerian. Diaorang tu saper? Sbb ada kes dimana maklumat tentang seorang pembawa hiv telah dibocorkan kpd majikan beliau. Beliau tahu siapa yg buat krn yg tahu adalah doktor yg merawat dan seorang lagi pegawai kesihatan ni. Sekarang mamat ni dah bawa kes ke mahkamah kerana maklumat kesihatan beliau telah dibocorkan.
ReplyDeleteEven kalau ada pesakit yg dirawat di hospital doktor tidak boleh sewenang2nya maklumkan kpd ahli keluarga tanpa dpt kebenaran drpd pesakit itu sendiri.
Itu saya stuju bro. Doctor patient confidentiality kan. Baru patient selesa utk dirawat. The interview tu really made me think a lot...
DeleteBetul tu beb.
Delete