Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua.. Mohon maaf mohon ampun sepuluh jari disusun.. Semoga raya ini, kita mendapat kemenangan baru terhadap diri kita, iaitu ke arah hidup yg lebih positif. 

Sebak raya ini bila bersalaman bersama ahli keluarga mohon maaf mohon ampun andai ada trrkasar bahasa, menziarahi kubur yg telah pergi meninggalkan kita, open houses and maybe dapat duit raya lagi bagi yang still kira belum baligh tu. Hehe


Bila bersalaman itu, u cant help it but feeling sad. Pertama kali bila mendapat tahu diri ini ada hiv, sedih tidak terhingga. Aku seriously takut tak sempat nak beraya pun tahun ni. Itu adalah salah satu sebab aku jadi tak keruan time tu. Kerana aku tak tahu bagaimana hendak menghadapi virus ini, menghadapi hidup ini, dan bagaimana hendak meneruskan hidup ini. 

Time menziarahi pusara kaum keluarga yang dah tiada pun hati sedih je. Ye lah , kat manakah aku akan dikuburkan nanti, siapa nak doakan aku nanti. Sedih time baca yassin tu, sebak rasa , nasib baik la sebab mak aku kt sebelah. Kalau x, mesti dah nangis tangkap emo kat situ jugak.... hehe

Tapi mesti ingat, kita mesti positif dalam hidup ini. This is nothing. It is just a reminder (a big painful hard reality check reminder) , that we had strayed so far away from the Al mighty. From our Creator. And Allah, i am so grateful to be given this second opportunity to make good of my life. And mcm Miss Nina nye Always a Traveller, this is my Hijrah story. Ya Allah, aku bertaubat dan aku mohon kekuatan iman darimu utk permudahkanlah jalanku. Inilah ujian hidupku... =)  


Jom g main bunga api ( padahal melantak rendang hehee) 

Comments

  1. Sedih baca cerita ko bro.. aku faham perasaan ko.. apapun stay cool n positif k.. lupakanla masa lalu tu.. kalau rasa2 nak sedih tu cepat2 ingat masa depan yang ko dah plan ngan future wife ko.. ada banyak lagi benda yang ko kena hadapi contohnya kawin pastu beli ruma, dapat anak, didik anak2 jd anak yg soleh n ect2... Aku doakan ko panjang umur bro.. amin ya rob

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidilfitri beb.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts