Puasa

Alhamdulillah, sampai jugak aku ke bulan ramadhan al mubarak ini.

Secara terus terang aku katakan, memang, pada mula didiagnosed, kecelaruan minda berlaku sampai aku fikir aku tak dapat sampai pun ke bulan ramadhan ini. itulah betapa rendahnya ilmu dan pemahaman aku terhadap virus ini.

Berhari hari aku bersedih memikirkan apa akan jadi pada aku, nasib ku dan masa depan ku. aku terkesan. memang sangat terkesan dengan apa yang telah menimpa diriku. sebab tu kita kena didik diri kita betul betul. fahami apa sebenarnya virus ini. like my fiancee said,we will educate ourselves. we can go through this together. (chewah speaking plak dia kan. hehe. poyo hehe. )

untuk motivasi diri, aku akan tengok video video motivasi dalam you tube, dari pelbagai pelusuk dunia. jgn dikenang lagi apa kesilapan yang telah kita lakukan tu. we should move forward from now on. tapi sesekali memang fikiran tu akan menjenguk di kala kita sembahyang, di kala kita baring, tanpa disedari air mata berlinangan.... (fuhh, nanges power beb time sembahyang.)

memang la sedih. tapi bagus la sedih sebab kita takut, kita bertaubat lah. kita mintak maaf ngn Allah. dan dalam bulan baik ni, kita perbanyakkan lah amal ibadat kita.kalau aku dulu jahil , sekarang aku lebih mengerti akan agamaku.

 tapi bila kita dah selesa hidup, orang tengok kita selesa, jgnlah orang fikir yang kita lupa akan status kita. setiap kali makan ubat, kita akan diingatkan kepada virus kita. setiap kali itulah kita berdoa agar umur kita masih panjang. risau sentiasa risau. kerisauan itu bagus utk menjadi semangat kita untuk menjadi yang lebih baik. sebab kita manusia, kita mudah lupa. kita perlu sentiasa peringatan agar kita tak lalai dan leka.


eh, aku nak bercerita pasal puasa kan. ok. aku puasa macam biasa je bro. perbanyakkan ibadat, insya Allah, ibadat kita diterima. stigma yang berlaku dalam masyarakat ini, kita tak yah la fikir sangat. bukan nya aku retis yang tetiba michelle daripada melodi tetiba datang kat aku cakap...betul ke awak ada hiv? lalu pantas michelle dari melodi melarikan diri setelah aku jawab, ye. hehehe...

p/s: neelofa pun dah bertudung, comel je cik pa kita. cik ta bila lagi. hehe.


 

Comments

  1. Alhamdulillah. I am so happy for you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u for ur kind words. Im trying to be happy too.

      Delete
  2. Fiance ko dah tahu?? Xcerite pn kat blog ni.. dia dh bc ker open later utk dia 2??hehehe.... oh ya nak tny ni bro ko keje kan.. ko dpt keja b4 dapat virus ni ker or mmg dah ade?? Sebab klu keje kena buat full MC so klu ada hiv mst kene reject kan.. im totally scare bout it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tau. Sama sama kami hadapi nya. Malah dia lah sumber kekuatan aku, alarm clock reminder untuk makan ubat aku, best fren aku, dan lain lain. Ak memang dh keje. Tp bila keje, status ko adalah hak ko. Unless ko keje berkaitan dengan darah, im sure xde masalah. Jgn bimbang. Dunia dah maju bro. Yg penting lupakan yang lalu, move on. Inshaallah, we shall overcome this one day.

      Delete
    2. Alhamdulila.. syukurlah dpt awek yg memahami.. itula namanya cinta sejati.. cehwaa.. tp aku ade bc blog lain ramai yg kena rject just bcause blood test xlepas.. ya ofcos aku dah lupakan cuma skrg ni aku baru graduate n bile ade yg ckp klu nk keje mst buat full MC especially keje2 exec... btw tanx 4 ur info bro yup im totally agree dunia dah maju tp masyarkat belum lagi...

      Delete
    3. Certain kerje memang kene full mc especially big companies sebab nak cover under diorang nye insurance coverage dll. Tp ada je kerja yang lain. Rezeki dah tertulis. Percaya pada ketentuannya. Memang setiap hari aku bersyukur. This is a blessing in disguise utk aku. Alhamdulillah, ada rahmat disebalik semua yang terjadi. Dont worry bro k?

      Delete
  3. I pray that bulan ramadan ni Allah turunkan sebanyak2 rahmat and keampunan utk kita...tp betul abu, sejak diagnose ni rsnya Allah beri peringatan kat kita semua...its like He's trying to say.."My servant, don't forget this life is short. remember me and prepare yourself to meet me...."...and sekarang baru sedar banyaknya dosa selama hidup ni... Samalah kita doa Allah tetapkan hati kita ingat kat Dia and that he forgives us all our sins....(bab berair mata tu...sama2lah kita doa itu akan jadi pembantu kita di akhirat ....amin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih for ur kind words. =)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts