Blood test

Tadi aku pergi ambik darah. itu je. bukan aku ambik darah tapi orang ambik darah aku.

Tapi sebab lama sangat tunggu, aku lapar, so aku pun pergi beli 2 karipap dan satu popia di kedai.

Sambil mencari tempat nak landing, aku pun landing di antara kerusi menunggu yang terdapat di depan kedai itu. sedikit jauh dari tempat ambik darah tu.


tetiba ada satu kakak dan anak nya nak duduk di kerusi di sebelah aku. bila anak dia duduk je di tepi aku, aku terus berdiri. takut plak dia sakit kerana terjangkit HIV daripada aku....


then i realise, stigma itu ada pada aku. walaupun aku tahu , HIV takkan berjangkit disebabkan duduk sebelah je, tapi aku secara automatik mendiskriminasi diri sendiri. pastu aku duduk balik, and borak ngn budak kecik tu. hehe. kids are from heaven u know. i hope to have one of my own one day. =)


this is just one of the few fears that automatically exist in our minds, PLHIV's mind. we dont want to infect people. we just want to live happily.  ( background lagu HAPPY Pharrel )

Comments

Popular Posts