Losing someone...

Hari ini aku akan menulis tentang topik yang agak berat... kehilangan. 
Semalam, kami ( isteri dan saya) berborak dengan seorang pasangan yang kehilangan anak bongsu mereka beberapa tahun lepas. 

Kesannya, si isteri trauma untuk ke hospital, melihat baju pesakit kanak kanak, dan sesungguhnya, segala mengenai hospital mengingatkan mereka berdua kepada kenangan anak kecil mereka. Sungguhpun baru berumur setahun beberapa bulan, tetapi kehilangan anak bongsu mereka sungguh terasa. sehinggakan keduanya hampir gila menghadapi hari hari yang mendatang. 

Doa mereka agar anak  mereka sentiasa aman di sana, berada di tempat yang lebih baik dan mungkin suatu hari nanti, mereka akan kembali disatukan. 

Doa mereka agar janganlah mereka dihadapkan dengan dugaan sebegini berat kerana terlalu berat untuk mereka tanggung. 

Begitulah jua kehilangan seorang yang rapat dengan kita, pasangan hidup kita. Pernahkah anda terfikir, apabila orang yang kita selalu ambil lewa kehadirannya dalam hidup kita, kerana selalu ada disamping kita. sekelip mata, Allah boleh merampas balik, apa yang telah Dia berikan.. Apa yang Yang Maha Esa telah pinjamkan terhadap kita...


Oleh itu, hargaailah orang di sekeliling anda, mungkin hari ini, mereka nampak sihat. mungkin hari ini, bukanlah begitu signifikan dalam hidup anta,.

Tetapi ingatlah, apabila ianya telah ditarik balik, anda akan menyesal seumur hidup. ... 

p/s: jom kita pakat call mak dan ayah dikampung. semoga semua sihat hendaknya. minggu ini abang pulang ke kampung k? 

Comments

Popular Posts