Kenapa?

Semalam aku dan isteri bermusyawarah ( err betul ke penggunaan perkataan ni? , konon nak guna perkataan hebat la, dalam erti kata lain, sesi heart to heart talk..) mengapa dan kenapa hidup sukar?

Selepas itu, isteri aku pun berkata " mngkin kita perlu muhasabah diri lagi. memang ada kekurangan dalam hidup kita, tetapi ada banyak lagi kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kami dan mungkin kami masih lagi kurang istiqamah dalam beribadat kepadaNya" ( aku ni kawin ngan Dai ke ape ni.. hehe... tapi betul kata isteri aku..


Banyak nikmat dalam hidup kami. Kami dikelilingi oleh orang orang yang kami sayangi, Rumah besar ( nampak besar la sebab takde perabot sangat lagi. hahahahahaha) , ada kereta sendiri, dan hidup berdikari sendiri. dan yang paling penting, kami dikurniakan dengan cinta yang menguatkan semangat kami.

Tetapi kurang kami beribadat. kadangkala terlalu asyik keluar sampai sembahyang pun lambat, kekadang asyik sangat tidur sampai subuh pun lambat.

So marilah kita berubah, semoga rezeki bertambah dan hidup semakin senang. alhamdulillah.


Comments

  1. Benda yang sama sering dibincangkan oleh suami dan saya.

    Hmm..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts