Salam Ramadhan Al Mubarak

Baru pas solat zuhur, tetiba aku rasa sayu. 
Tahun lepas, waktu ni, aku masih lagi melalui peringkat aftershocked setelah didiagnosed.. aku banyakkan beribadat dan tingkatkan usaha untuk belajar dalam agama. Aku nangis ketika sujud dan memohon keampunan dari yang maha kuasa. 

Tapi tahun ni, aku sedikit lalai. Ya, sedikit lalai, pagi tadi selepas sahur, aku tertidur la plak. sampaikan aku terlepas pulak Subuh ku. Ya Allah, ampun kan aku, aku lalai. Semoga kita semua masih sentiasa dalam bimbingannya. 

Setiap hari aku tanya isteri aku, dia bahagia tak pilih aku, seorang insan yang ada virus vampire ( vampire ada power, aku takde.. huhu) Dan selalunya dia akan berkata , dia bahagia,setiap saat dan waktu kami bersama. Alhamdulillah. 

Dan  paling aku bahagia, bila bangun pagi, isteri aku selalu kejutkan dengan ciuman. ( Diam diam, aku rasa bini aku ni sebenarnya tak tido. keje dia tengok aku tido je, mcm aku selalu tengok die tidur. Alangkah bertuahnya aku mendapat seorang bidadari ( bukan Adam Corrie sorang je ada bidadari, aku pun ada bidadari ku.) yang sentiasa menjaga makanku, pakaiku, dan memastikan aku makan ubat on time setiap hari. 

Tahun ini, aku akan membayarkan zakat fitrah utk isteri aku. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi menjadi bidadari dalam hidupku. 

Semoga jodoh kami panjang dan dimurahkan rezeki dan dapat anak anak yang comel mcm isteri aku. ( Muka aku pun not bad sebenarnya, tapi since bini aku baca post aku, baik aku post puji pujian utk dia, mesti masak extra special untuk berbuka hari ini. haha)




Comments

  1. Salam ramadhan...semoga awk tabah menghadapi ujian ini ye..sy ingin berkenalan dgn awk..sy pun plhiv..bru je diagnos bulan mei lalu..mmg shocked and rasa lemah seluruh badan..mental mmg sakit..smpi skrg pun sy masih lagi memikirkan hal ini..badan pun susut mendadak sebab x makan..slalu je termenung dan berfikir..sy harap kita dapat berkawan utk menyokong satu sama lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar dan tabah hadapi dugaan k? my details ada di sebelah profile tu. kalau nak email atau add wechat boleh je. inshaallah.

      sometimes, kita perlu jatuh dan bangun untuk menjadi lebih baik. =)

      Delete
    2. Jgn la bersedih abo. Rawatan yg ada sekarang membolehkan mereka yg ada hiv dapat hidup seperti manusia normal yg lain. Nasihat saya semoga saudara dapat mulakan rawatan haart dalam kadar segera. Kajian terkini membuktikan mrk yg mulakan rawatan di peringkat awal jangkitan dapat mengelakkan virus hiv merosakkan organ2 penting lain dlm badan. CD4 mereka yg awal mulakan rawatan juga cepat meningkat berbanding dgn mrk yg lewat mulakan.

      Delete
    3. betul tu. thank you for your kind words

      Delete
  2. Terima kasih semua atas nasihat tu ye..sy bru je join gov..dlm kkm..tu yg runsing tu..adakah sy patut resign dr hospital tmpt sy bekerja?
    Risau dan buntu..maaf terpaksa menumpang blog nie utk minta pendapat..risau rahsia akan di ketahui..maklumlah keje di bawah kkm juga..
    Ahad ni buat pertama kali sy akan tahu cd4 dan lain2 ujian..sudah pasti positif walau guna rapid test pada mula dah positif..harap2 sy x pengsan nnti...
    Ada juga niat utk menamatkan.sahaja riwayat hidup ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata u email ur particulars? Nanti sy bagi kepada yg ada experience mcm awak? Tamat riwayat bukan penyelesaian nya, kita diduga kerana Tuhan masih sygkan kita. Dengan makan ubat, xde ape dah virus ni. Jgn menstigmakan diri sendiri k? Semua yg terjadi ada hikmahnya. Percayalah.

      Delete
    2. Abo, awak kena banyak2 bersabar. Kawan saya masa kat uni dpt tahu yg dia ada hiv apabila dia terlantar sakit di hospital. Keadaan dia sangat teruk pada masa tu. Tak sanggup nak tengok dia sbb dia sgt kurus pada masa tu. Kitaorang kumpul duit untuk bantu dia sbb dia susah. Tetapi dia seorang yg kuat. Sekarang ni dia dah kembali sihat dan kembali bekerja. Alhamdulillah.

      Soal awak yg baru join kkm saya rasa awak tunggu dulu apakah yg majikan awak nak ckp. Kalau awak doctor mungkin they all tak benarkan awak terlibat dlm pembedahan dan sebagainya sbb ada risiko. Apapun awak kena tunggu respon drpd majikan awak. Abo, awak mungkin pernah terbaca tentang Magic Johnson yg main bola keranjang. Bila dia mula2 dapat tahu dia ada hiv terus dia berhenti bermain sbg profesional. Selepas 20 tahun dia kata "if I know what I know now about hiv I wont quit".

      Abo, awak tahu kemajuan dlm bidang perubatan sekarang ini membolehkan pembawa hiv dapat hidup dgn sihat. Kajian yg dibuat di Denmark mendapati mrk yg ada hiv dan dapatkan rawatan di hospital dan patuh kpd ubat yang dimakan dapat hidup spt manusia normal yang. Kalau tahun 80an dan 90an dahulu kebanyakan pembawa hiv terpaksa makan berpuluh ubat setiap hari di samping terpaksa berdepan dgn kesan sampingan ubat yg serius ttp kini tahun 2015 semuanya berbeza. Ubat yg ada sekarang sangat minimum kesan sampingannya dan sangat berkesan dlm memastikan virus hiv tidak merosakkan sistem pertahanan badan. Oleh itu awak janganlah rasakan yg awak tidak ada masa depan yg cerah yer. Kami akn berikan sokongan kat awak disini.

      Delete
  3. Sejujurnya sy mmg keseorangan tanpa ada kawan yg boleh memberikan semangat dan sokongan..terasa hidup sy sudah jauh dan sepi bila tahu ada hiv..semangat yg dulu hilang entah ke mana..niat utk brenti dr gov mmg dah ada cuma menunggu dapat kerja lain..runsing,risau,marah,sedih semuanya ada..seolah olah semua yg knal sy sdg bercakap sesama sendiri yg sy ada hiv padahal mereka semua x tahu..
    Sebagai ank lelaki yg sulung byk lagi tanggung jawab yg sy kena lakukan..hutang kereta..loan peribadi..semua nk kena byr..
    Rasa malu dan takut utk ke hospital ...malu dan takut sebab stigma apa yg aku akan sy tempuhi...maaf tuan punye blog...sy gunakan blog tuan sebagai tmpt luahan rasa..sy ingin berkenalan dgn ramai plhiv..andai kata ada plhiv yg baca..bolehla kita berkenalan dan menyokong antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan..
    Semalam 5/7 sy berjumpa dgn doktor utk mengetahui ujian elissa..errmm mmg ternyata sy hiv positif..bacaan cd4 (617) setakat ini dan semua ujian yg berkaitan pun ok..cuma sy ada hep b..tpi doktor ckp x pe selagi fungsi hati sy masih ok..smlm masa di klinik perasaan malu pun ada..sy rasa mcm semua org tahu sy ada hiv..masih kebingungan..di kepala sentiasa berfikir yang negatif..mcm x percaya skrg sy bergelar pembawa hiv..tanpa ada sesiapa di sisi..keseorangan..tuan blog jgn mara ye tumpang blog luahkan rasa yang sedih......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Abo dapat mulakan haart dalam kadar segera. Mulakan rawatan haart awal dapat elakkan drpd cancer dan sebagainya.

      Delete
    2. sekali lagi saya bersetuju dengan komen ini. semoga Abo tabah menghadapi ujian yang mendatang.

      sabar dan tekun menjalani rawatan, insyaallah, hidup akan lebih bermakna selepas ini.

      Delete
  5. Salam. Semoga semua PLHIV kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Saya juga seorang PLHIV dan disahkan positif pada bulan Mac lepas. Saya juga menghadapi situasi seperti saudara Abo pada mulanya namun kini saya sudah menerima hakikat sepenuhnya yang saya seorang PLHIV. Apa yang saya dapat kongsikan ialah jangan terlalu fikirkan bahawa diri saudara pembawa HIV dan singkirkan segala stigma terhadap diri sendiri. Teruskan kehidupan seperti biasa serta patuh dengan rawatan dan jaga kesihatan sebaik mungkin. Anggap ujian ini sebagai tanda kasih dan perlindungan Allah kepada kita. Allahualam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts