Selamat Hari Bapa
Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Bapa sedunia. ( 3rd Sunday of June), *aku peduli apa korang taknak sambut hari bapa ke, hari bapa haram ke, atau seangkatan dengannya. asalkan niat di hati aku adalah baik. kalau hari bapa haram, haram la hari guru, hari birthday, hari new year, hari isnin, selasa rabu khamis jumaat sabtu dan ahad. get a life people. memang la dulu orang tak sambut, because dulu orang more introvert, bapak sayangkan anak, and anak sayangkan bapak tapi diorang tak mengucapkan dengan kata kata tetapi dari perbuatan etc. so, grow up k?
So, this post is dedicated to my father.
Dalam ingin menempuh perjalanan hidup berumahtangga, dan dalam usaha kami berdua ingin mendapatkan cahaya mata, memang, sedikit kegusaran muncul dalam benak hatiku ini ( puitis plak ayat aku ) , persoalan yang muncul ialah
a) will i infect my wife and children?
b) can i provide for my child?
c) can i provide a good life for my child?
d) how to tell my child my status?
dan, soalan yang paling ingin saya ketahui jawapannya( walaupun subjektif) , ialah
Can i be a good father?
Dont get me wrong, i love children. and to have a bundle of joy to be shared between my wife and i, memang harapan semua pasangan. tapi sebagai ayah ( inshaallah) , persoalan ini kerap sekali timbul dalam diri ini. kerana aku tahu, aku sayangkan isteri aku dan bakal anak aku nanti.
kerana perasaan sayang ini , baru aku faham pengorbanan seorang ayah. Ayah aku bukan seperti ayah modern zaman ini. Ayah aku jenis kampung sikit ( sorry dad, didnt meant to call you kampung, haha) , seorang yang jarang mengucapkan kata sayang kepada anak anaknya, tetapi kami tahu, dia berusaha keras untuk menyediakan segalanya yang terbaik untuk aku dan adik beradikku. sehingga kami menjadi insan yang terbaik dalam hidup ini. sekarang baru aku mengerti kenapa ayah aku selalu tiada di rumah, bekerja keras sepanjang minggu, dan ada di rumah di hujung minggu sahaja kerana sibuk, kerana dengan gajinya yang sikit, dia perlu bekerja lebih masa. setiap kali ada panggilan telefon dari anak anaknya di universiti ( nak cakap kat orang kan, aku masuk universiti, hehe). mesti bapak aku berusaha lebih lagi supaya dapat la bank in duit supaya anak anak dapat makan sedap, pakai segak bergaya, dan macam macam lagi.
aku selalu persoalkan, kenapa rupa ayah aku lebih tua daripada orang lain sedangkan umurnya sama sahaja dengan bapak bapak kawan kawan ku, sebab bapak aku kerja keras untuk menyara hidup kami sekeluarga. dan hasilnya, kami berjaya menjadi seseorang dalam dunia ini. bapak aku boleh tersenyum gembira melihat anak anak nya berjaya. inshaallah.
sekarang baru aku faham, apabila aku ingin menjadi seorang ayah, kerisauan itu muncul dengan sendirinya, dan baru aku faham, perasaaan ayah aku dulu.
Happy fathers day Dad. i love you. although you are not the Prime Minister or the richest man in the world, but you have worked hard to provide for us the best of what this world can offer. Pendidikan dan satu contoh role model yang baik untuk kami semua. I respect you dad. i love you dad.
Terima kasih Bapak. Semoga Allah panjangkan umurmu, dan sempatlah ayahku melihat anakku membesar nanti. Amin.
Comments
Post a Comment