Captain America: Civil War

Fuh,. chewah, review aku harini mcm review filem pulak... tapi bukan yer... ini tajuk penting yang memerlukan pendapat semua orang... 

So, sudahkah anda menonton sequel terbaru lakonan aku, Captain America? 


Dalam cerita ini, berlaku pertelingkahan/ perbezaan pendapat mengenai"the basic human dilemma"  iaitu Security and Freedom... 

Satu pendapat mengatakan bahawa kawalan patut dijalankan terhadap semua manusia berkuasa supernatural ( Team Ironman) dan satu lagi mengatakan bahawa semua orang patut bebas hidup walaupun mempunyai kuasa supernatural ( Team Captain America). ( Ia sama seperti pendapat Donald Trump bahawa orang islam di amerika sepatutnya dikenalpasti dan memakai satu jenis tag, supaya senang utk mengawal mereka dari melakukan/kemungkinan melakukan kegiatan teroris,.. dafuqqq did i just read?? )


Haruskah semua orang yang mempunyai superpower ( dalam konteks aku: penyakit ) dikenal pasti, dikurung dan dikuarantin utk kebaikan orang orang lain yang tak ada superpower ( penyakit)? 

Atau haruskah semua orang diberi kebebasan untuk menjalani hidup mereka walaupun mereka ada power ( dalam konteks aku: penyakit) selagi tidak menyalahi undang undang? 

Ini ialah sesuatu yang semua kita harus fikir fikirkan.. yes, i have this virus in me, but that virus does not make ME. We are also human beings with feelings. We (plhiv+) dont want/never wanted this sickness, we are trying our best to be healthy and lead a healthy life with the people that we love.  ( fuh, mentang mentang team Captain America, speaking siot).

dan jika semua perasan. tempat yang di bomb di awal cerita Captain America ialah: 


Institute for Infectious Disease ...  Weyh, aku gi appointment kat sini weyh.. hehe

p/s: baru perasan bekalan ubat aku tidak mencukupi sampai next apt, aku call misi kesayangan semua, terus di booked utk appointment pada hari ini jugak... hehe. alhamdulillah. layanan nurse sangat baik sebenarnya. we just have to be courteous. buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali ya monyet?  so nantikan review appointment aku lepas ni ok? aku tahu ramai yang menantikan update daripada aku ( maaf, perasan pulak ramai yang baca blog ni)


 ikhlas dari aku. 









Comments

Popular Posts