Kehidupan

Semalam isteri aku menangis.

Hati suami mana yang tidak terasa bila melihat permata hati, pengarang jantung nya menangis?

Aku melihat isteri aku sebagai seorang yang sangat penyabar. Seorang yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Dia tidak pernah membebel ( walaupun sedikit emosi apabila tiba waktu 'itu'), tidak merungut dan sentiasa berfikiran positif.

Tetapi semalam, ketika kami berdua sedang melihat rancangan tv ( sebenarnya aku pun tak tau aku tengok apa, tengok tv je la), air matanya mengalir. aku terkesima, terkejut, ( sedikit sebanyak aku bertanyak, busuk ke ketiak aku sampaikan isteri aku menutup mukanya)....

Rupanya isteri aku mengenangkan ketiadaan cahaya mata di dalam kehidupan kami. Ya, kami sudah beberapa bulan mencuba untuk mendapatkan zuriat sendiri, tetapi belum berjaya.

Itulah ujian dalam rumah tangga. Kadang kadang terlambat mendapat zuriat pun orang akan bertanya. Mungkin aku pun kurang sensitif terhadap perasaan nya. Sejujurnya aku juga kurang gemar menjawab soalan berkenaan zuriat yang sering orang ajukan ( lagipun faktor kesihatan ku ...) tetapi selalunya aku kurang mengambil pusing mengenainya kerana itu ialah urusan Allah. rezeki Allah yang bagi. mungkin kami masih belum layak dan bukan waktunya utk kami dikurniakan dengan rezeki tersebut.

Tetapi mungkin kesannya amat besar dirasai oleh isteri ku yang sememangnya mendambakan seorang cahya mata utk mewarnai rumah tangga kami. Tapi hatiku memang sedih bila melihat isteriku menangis. Inshaallah, dengan izinNya, kami berdoa dan terus berdoa ( dan memprosesnya, hehehe), mungkin satu hari nanti, kami akan mendapat cahaya mata tersendiri. inshaallah.

Amin.

Comments

  1. Salam kenal & salam singgah. :)

    Semalam saya pun menangis. Eh? Kebetulan sebab benda yang sama. Menangis sebab mengenangkan bila nak ada baby nih. Saya -ve & suami positif.

    Semoga ada sinar cahaya mata untuk kehidupan bagi insan bahagia macam kita semua.

    Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya? mungkin sama dari segi general nya tapi situasi nya berbeza cara tangisan nya?

      insha Allah. semoga ada sinar cahaya mata untuk kehidupan insan bahagia seperti kita semua.

      Delete
    2. Sy juga mempunyai nasib yg sama. Semoga Allah SWT akan kurniakan Kita zuriat. Harap Kita dan zuriat akan -ve juga Satu hari Nanti. X henti Doa agar suami juga Cepat sembuh. :,(

      Delete
  2. Amin ya rabbal alamin. Jgn berhenti berdoa kerana doa itu senjata seorang muslimin dan muslimah. Inshaallah. Amin. Semua terjadi ada hikmahnya. Dugaan dan cabaran mendewasakan kita dan menjadikan kita insan yg lebih baik lagi

    ReplyDelete
  3. amin bang .semoga dianugerahkan anak yg sehat dan abg sentiasa dibawah jagaan Allah s.w.t.. LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMEEN

    ReplyDelete
  4. boleh check next posting tuan abu saya ada komen tentang habbatussauda ye sahabat semua.

    ReplyDelete
  5. Adakah positif hiv boleh berkahwin dan mempunyai zuriat?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts