Magnetic Couple
Tajuk aku hari ini berbunyi agak hebat sekali...
Magnetic Couple. Umpama seperti Uji Rashid dan Hail Amir, Kajol dan Shah Rukh Khan, ( apa tua nya perumpamaan aku kan), ok, baik lah, umpama Tasha Shila dan Hans atau Hans Isaac dan Neelofa. =p
Tetapi maksud Magnetic Couple aku disini ialah Discordant Couples atau dalam bahasa Malaysianya ( sebenarnya aku tak pasti BM itu adalah singkatan untuk Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu, kerana dari sekolah dulu terma ini digunakan bertukar tukar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, tapi korang paham lah ye, maksudnya BM tu ye) , Pasangan Berlainan Status. Sorang positive hiv dan seorang negatif.
Berbalik kepada cerita saya, semalam, saya berbicara dengan salah seorang blogger/ sukarelawan dalam komuniti dan kami membincangkan issue panduan mendapatkan zuriat untuk magnetic couples ini dan issue bahawa benda ini adalah kurang dibicarakan atau tidak mendapat perhatian sangat. ( walaupun aku pasti pasangan Magnetic Couple(s) yang paling berjaya ialah Abang AHP sendiri dan isteri isterinya. ya, Ramai sebenarnya pasangan yang berbeza status wujud di sini.
Tapi bagus jugak, sebab sekarang, aku dah jumpa satu lagi pasangan magnetic couple untuk berkongsi permasalahan dan perkara yang berbangkit. Dan cadangan nya untuk mewujudkan satu group atau kumpulan untuk magnetic couples diluar sana sangat dialu alu kan kerana banyak soalan soalan yang ingin kita tanya dan luahkan yang sesuai kepada situasi magnetic couples sahaja. Oleh itu, cadangan itu saya sokong seratus peratus.
salam. ada info tentang magnetic couple ni? saya perlukan nasihat bersama bakal isteri. saya ada hantar email. harap dapat bantu
ReplyDelete