Update Terkini Hiburan Sensasi
Lama tak dengar tag line sebegitu kan. TV3 punya tag line la tu. hehe. Terbukti aku generasi Y yang masih lagi kuat daya ingatannya.
Kematian ialah satu benda yang subjektif. ramai yang kurang bersedia untuk mati, tetapi tidak mempersiapkan diri sebaiknya untuk alam seterusnya. Itu rasanya hujah saya yang pertama. Hehe.
Aku masih lagi sihat menempuh hidup yang penuh pancaroba ini. Indahnya dan bahagianya hidup berumahtangga. walaupun gadoh gadoh manja tu, memang lumrah alam rumah tangga la kawan kawan, kalau tak gadoh, tak mungkin perempuan mithali macam abby adabi boleh bercerai berai bercakaran dan macam macam la isu nya. atau penyanyi kumpulan wings berkungfu dengan anak misbun (bukan misbun sidek , kalau tak, mesti dah kena smash merrow attack umpama rancangan jepun zaman 90an dulu) wallahuallam. itu dunia artis bro. aku hidup macai ( bukan macai politik ok.) so, gadoh gadoh manja sikit la. penyeri rumah tangga kata orang.
eh, aku nak bercakap mengenai kematian virus di dalam badan ku ini. aku rasa pasti nya ada berratus ribu copies virus dalam badan aku pada masa yang sama tahun lepas kan. dan aku telah pun memulakan rawatan sebab cd4 aku memang dah rendah lastyear ( tetapi aku sentiasa rasa macam baru semalam je aku start rawatan , huhu) , dan minggu hadapan , aku bakal tahu keputusan berapa jumlah kematian yang dicatatkan apabila badan sado ( baca dengan tangisan dalam kerinduan, bahawa kesadoan badan aku ialah fiction semata mata) aku ini memproses pil pil HAART yang telah aku telan setiap malam tepat pada jam sepuluh malam itu.
Secara kesimpulannya, aku nak cakap, aku gemuruh je. nervous. cuak. takut. dan lain lain. Banyakkan doa untuk aku ya kengkawan semua. aku tahu, ada la dua tiga orang yang baca blog aku ini. so aminkan lah doa aku ini. hehe. semoga virus di dalam badan aku mati. dan aku dapat bonus besar tahun ini. dan dapat baby. dan dapat banyak lagi lah. inshaallah. amin....
ada ke pembaca blog ini? sila tinggalkan komen anda yang bernas sahaja. komen yang kurang bernas, simpan je la. tak baik buat dosa kering tau. hehe.
Semoga kita semua dilindungi Allah swt. Ya Allah, terima lah taubat kami semua. Amin.
salam en abu,smg sihat selalu,dpt bby,dpt bonus,dpt kejayaan dunia akhirat,teruskan menulis :)
ReplyDeleteamin. terima kasih atas doa itu. insha allah, saya akan selalu menulis. layan je la apa yang saya merepek nanti.
Deletesalam en abu,smg sihat selalu,dpt bby,dpt bonus,dpt kejayaan dunia akhirat,teruskan menulis :)
ReplyDeleteMoga Allah sentiasa bersama anda berdua, bahagia hingga ke Jannah.
ReplyDeleteterima kasih kak nor. semoga Allah memberkati hidup kak nor yang baik hati sekeluarga.
DeleteAmin2.. smg apa yg ko rancang d makbulkan Allah swt... bro sll la update k.. lame kot tggu update2 terkini hiburan sensasi ko hahahaha
ReplyDeletethanks bro. ko ni kira pembaca setia la ni. boleh la aku buat pertandingan kuiz pembaca setia nanti. hehe
DeleteAah bro.. semue aku dah bce.. khatam dah psl story ko hehe.. haha buat laa.. pastikan hadia pemenang mhl2 k.. ipong ker hahaha
ReplyDeleteaaminn
ReplyDelete