Sahabat

Tiba tiba aku ada mood nak berceloteh pagi ni...

Sejak aku di diagnosed ni, banyak benda telah berlaku dalam hidupku ini. Semuanya aku hadapi satu persatu dengan bantuan dan sokongan diri sendiri, isteri dan rakan komuniti yang tidak pernah aku kenali....

Tetapi dalam banyak banyak benda yang berlaku, terkadang hati terdetik, mana pergi sahabat sahabat gelak bertepuk tampar ku semua?


Memang aku teringin nak bagitahu sahabat semua, berkongsi masalahku, berkongsi cerita ku, dan berkongsi perjuanganku, tapi untuk bagi tahu pasal penyakitku, aku belum bersedia lagi.

Oleh itu, aku banyak jauhkan diri dari semua sahabatku, kerana bagi aku, aku tidak perlu membebankan mereka dengan semua ini. Atau aku tidak mahu membebankan diriku memikirkan tentang kehidupan bersama mereka kerana aku tahu, bahawa mereka dapat hidup aman tanpa ku.

Tetapi, jangan salah sangka, bukan maksud aku meninggalkan mereka. kerana apabila mereka ada masalah, aku tahu. aku orang pertama yang mereka cari. dan usah gusar, aku akan sentiasa menjadi orang pertama yang akan respond memberi pertolongan kepada mereka. kerana aku sentiasa adalah kawan kepada semua. tapi siapa lah yang akan menjadi kawan kepada ku?

time tulis ni pun dah rasa sayu dah. mendalam sungguh topik aku pagi ini. mungkin kerana gaji nak masuk oleh itu bolehlah isteri aku yang sedang membaca ni bawak aku pergi makan makan tengok wayang dan beli hadiah handphone baru ke, kereta ke, rumah bungalow kepada abang tersayang ni ke, sebab saya tengah sedih ni sayang oi. haha. ok. memain je. cukup lah dengan masak sedap sedap sayang.




Comments

  1. you are so lucky to have someone to be with you

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. ya, saya sungguh bertuah kerana ada teman, tetapi masing masing ada cabaran tersendiri. now. i am so ever dependent with my wife. sampaikan nak makan ubat pun kena remind. hehe.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts