Selamat Hari Raya dari Saya Sekeluarga

Lama betul tidak bersiaran di dalam medium ini. Mesti ramai peminat yang rindu dan ternantikan post terbaru saya...

Hidup sekarang, macam moving in the fast lane je ( walaupun kereta aku tu macam siput je jalan skarang. Its time for a new CAR! ) 

Kisah Ubat : Sama je. makan telan kol 10pm. kekadang terlambat semenet dua tu, tak berdosa lah dik. dont worry. but always try to be punctual k? 

Kisah Cinta : Never been better. Sekarang musim menunggu hasil semaian di tapak semaian yang indah nan permai. 

Kisah kesihatan : Kolestrol mencanak weyh. Rendang Ketupat, Kuih Muih dan sebagainya dah mengacau diet asal aku. Sekarang, badan aku daripada ala ala Aaron Aziz dan Zul Arifin, dah menjadi badan Afdlin Shauki.. [ terpaksa la aku meninggalkan skinny jeans aku dan memakai seluar pelikat yang tak menarik itu.. maaf dik, itu je yang muat ]

Azam Hari Raya : Lepas raya, nak diet kembali. nak jaga kesihatan, dan nak dapatkan tubuhku yang asal..Kalau aku jalan jalan ngan baby ku lepas ni, mesti ramai yang berhenti dan berkata dalam hati.. oooo baby comel macam papanya.... 




Selamat Hari Raya dari Kami Sekeluarga. Sembahyang jangan lupa. jangan sembahyang full time ramadhan je.. =p  

Comments

  1. update jugak akhirnya. hahaha

    ReplyDelete
  2. congrats en abu.. nk dpt baby dah yer? syukur syukur alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2017

HAART ( ( Hari Kesepuluh)

Hidup ku